3 in 1 OLAY white radiance (uv whitening cream)

Belum testi lagi. Baru je versi unboxing. Sebenarnya saya mahu tangkap itu produk, OLAY white radiance PROTECTIVE CREAM, tp mcm biasa lah, produk yg saya betul2 mahu bukannya available kat tempat2 sekitar saya. 'Pendalaman' sungguh. Sebenarnya malas mahu cari jauh-jauh. @ Guardian, watson sure melambak.

Setelah kajian cari2 maklumat, saya dapat tahu olay protective cream ni mampu hilangkan bekas2 jerawat.
Tunggulah testi saya selepas sebulan lagi lepas pakai uv whitening. Sebulan je tu...pttnya 3 bln. Sebab saya mahu pakai protective cream pula.

Siapa2 yang pernah mencuba, boleh kongsi product review. ;)

Eversoft vs Mary Kay

Baru-baru ini saya pusing-pusing dlm nearest shopping complex cari body shampoo dll. Pusing-punya pusing akhirnya decide utk try type Cocoa Butter & Macademia. Botol besar mahunya sampai 3 bulan kot tahan. Sorry AMWAY, masih malas utk ke sana. Pusing-pusing lagi saya 'ditangkap' oleh promoter untuk diajak scan kulit. Laju lah saya. Sebab x pernah kan.. ;B. Dia tanya pakai aper. Saya jawab, eversoft. Dia balas, eversoft jer? Saya senyum, malas nak menjawab dah sebab excited nak tgk skin structure yang memang tak terpelihara walaupun sudah penat dibaikpulihkan. Rupanya dia mahu promote sabun muka Irise. Kotak je besor, sabun kecik je pun. Harga almost rm30. less RM3 je pun..saya tak teruja. Tapi, sentap juga la dengan statement dia psl "eversoft je" tu....buat apa nak malu pakai eversoft jika mary kay hanya menyebabkan aku hampir pakai purdah kan? Alah, yang dia nk pomote tu Irise je...tp facial form yg rege ringgit malaysia lima jugakla yang banyak rawat wajah saya berbanding produk rege dua ratus lebih yang bukan produce di negara tercinta ni. Makan setahun saya nak kembalikan kulit kepada yang 'asal' sebelum guna MK. Bukan salah produk itu itself, mungkin BC bagi set yang kureng tepat atau mungkin kulit saya cepat alah. Apa yang penting, saya berjaya memaksa BC itu refund duit saya.

Sukar tapi puas

Selalu ingin bicara pasal kerja, tugas, career. Tapi sering mati kata-kata. Pendek kata, sukar tapi puas. Lepas berjaya siapkan tugasan yang sukar, hati gumbira tak terkata, inilah baru dinamakan kepuasan dalam bekerja.

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan

25/7/2011: CD38 - 1st Period after misscarriage.

1/8/2011: 1st day umat Islam akan berpuasa.

Semoga saya dapat berpuasa penuh seperti Ramadhan tahun yang lepas2. Sungguhpun cycle panjang agak memenatkan bagi sesebuah penantian, tapi waktu sembahyang adalah lebih lama dan ibadah puasa Ramadhan dapat dijalankan cukup hari. Sentiasa bersyukur kejadrat Ilahi. Semoga Allah memberi kesempatan pada kita semua mengharungi Ramadhan akan datang dengan lebih baik.

Bersangka baik dengan Allah SWT. Semoga kita tergolong dalam hamba yang beriman. Amin.

# Semakin mendekati puasa, semakin kerap dan cepat lapar pula.

Saya rasa macam nak stop je PruBSN Insurans, tapi....

Yes, of course i hate playing with risk. Also, don wanna lost in huge amount. Still thinking of something..
Kita tak de jaminan akan sihat selamanya, akan selamat selamanya dari sesuatu yang malang.
Kita tak tahu bila kita akan sakit, sakit sungguh.
Kita tak tahu bila kita akan mati.
Dan aku sebenarnya tak tahu sampai bila aku akan kerja makan gaji..buat coding ni..huhu

Penyakit-penyakit yang serius akan dicover. Sila lihat.


Dengan pelan ‘Prudential BSN Takaful’ anda akan mendapat perlindungan takaful + medical card + elaun + khairat + simpanan/pelaburan. Semua ini anda akan peroleh dalam satu pelan sahaja. Kami memanggilnya pelan 5 IN 1. Kalau anda membayar insuran kereta, duit yang anda bayar akan hangus macam tu sahaja. Tetapi di Prudential, anda akan mendapat semula pulangan dari simpanan / pelaburan yang anda bayar setiap bulan. Untuk mengetahui lebih lanjut sila hubungi Rozaen di 013-411 9605 (SMS dan CALL). Semua rundingan adalah PERCUMA.

Perlindungan serta-merta:
1. Kematian RM50,0002. Hilang Upaya Kekal RM50,0003. Kematian Akibat Kemalangan RM100,000 4. Hilang Upaya Akibat Kemalangan RM100,005. Penyakit Kritikal RM50,0006. Kad Perubatan RM500,0007. Elaun Hospital RM300/sehari8. Elaun MC RM300/seminggu 9. Elaun ICU RM100/sehari 10. Elaun Bedah RM2500/pembedahan 11. Elaun/Pampasan Hilang Upaya RM5000 setiap tahun12. Tuntutan Bil Klinik RM2000/setahun
Cuba anda fahami betul-betul. Anda simpan duit dan pada hujung tempoh menyimpan anda dapat balik duit beserta keuntungan pelaburan. Bermakna perlindungan serta-merta yang anda diperolehi adalah PERCUMA. Anda tidak rugi walaupun 10 sen. Malah untung berpuluh-puluh kali ganda. Inilah pelan yang saya maksudkan. Dapatkan kad perubatan percuma hari ini.

***Cuba anda cari produk perlindungan yang lebih hebat dari ini. Hanya membayar (menyimpan sebenarnya) RM150 - RM200 sebulan, anda akan dapat semua faedah-faedah di atas.

Menarik kan?

Lebih menarik lagi...hulur je medical card, kasi settle!


Ini sudah baguss


http://www.prudentialtakaful.com.my/
http://takafulprudentialbsn.com/
http://malaysianbikers.com.my/forum/index.php?action=printpage;topic=56600.0
http://www.prubsninfo.com/
http://mforum1.cari.com.my/archiver/?tid-442694-page-3.html

p/s: Hati berbisik, teruskan saja. Melainkan dlm personal saving cukup USD24juta dah. ;B

Jika saya ditakdirkan dpt anak perempuan, saya semakin suka dengan nama Kasih/Qasih. Setulus nama dan sesenang bonda memanggil. Pinkish item ini buatmu Maryam, anakanda no.3 milik abangku yg no.1.

dt_s.clearTime is not a function


dt_s = dt_s.clearTime();
dt_e = dt_e.clearTime();



Error: dt_s.clearTime is not a function


Same code. Weird error. Make me SICK!!

Cuti Keputeraan DYMM Sultan Terengganu

7.30am: 17th times foot reflexology. Tube fallopian OK. Egg is not active. ;( Need to continue a pair of bottle One Smile supplement drop liquid. Cost RM130.

#CD33, 20dpo

Irritated

Betul nsht suami. Jgn baca blog kwn2 yg bru dpt ank. Btpa dia tdk mahu sy terluka sendiri. Tp, nmpknya sudah tak selera mengontek mereka. Apa maknanya jika ayat mengenai anak diikuti dgn gelak tawa di blkg ayatnya. Bkn slh kamu. Bkn maksud kamu utk mengecilkan ht saya. Cuma saya terluka sendirian. Terluka sendiri. Saya tetap akn hubungi kamu bila luka saya sembuh semula. Kawan sampai mati.

RHB Cash Back Personal Accident Plan


Lately memikirkan masa depan lebih jauh. Of course la about financial planning. Mana-mana expenses yang mengarut harus disekat. Asyik duk fikir psl bende alah ni. Ikutkan hati yg kedekut malas betul nk sangkut dengan mn2 plan bank and whatsoever. Tp, when thinking bout risk..owh..

Dealing with kemungkinan is a complicated things. Who knows what will happen next? Duit yang dilaburkan adakah berbaloi atau free2 jer sedekah kat bank2? Harus fikir dalam2.

2008, memandangkan aku blm lg ambik ape2 cover tuk diri sendiri/fmly, main on je la. Duk fikir ape lah sangat Rm62 tiap2 bln, utk kecemasan jgk. Part yg kne geget2 serangga pon blh claim, itu yg I tersangkut. 

Semalam berkhalwat blk utk baca aggreement cashback plan ni. Takkan nak stop rsa mcm dh lama je labur. Rupa2nya lg 4 bln cukupla 3 thn. Dan akan dpt pulangan 25% as per noticed below. 25% mmg tidak banyak mn utk 1st 3 yr, cuma lbh krg $5++. (Bolehla buat beli carpet idaman hati).  Tapi duit tetap duit. Jika dlm biznes, even 5sen mesti berkira.

Dengan hati yg kedekut, masih berfikir, apakah kerugian yg akan kutanggung jika mahu bertukar plan yg lbh kedekut? plan 1/2..

Overview
Protection and Savings Plan! “Cash Back Personal Accident” is an unconventional policy that is designed to provide you with PROTECTION! against any mishap due to accident. What’s more! The policy also provides you with SAVINGS where you will be entitled to a refund of  25% of premium paid for every 3 years during the period of insurance provided that no claims are made to your policy.


In a nutshell, the policy covers the following benefits and sum insured :-





More reasons to enroll!
  • 25% total Premium Refund for every 3 consecutive years (provided NO claims admitted to RHB Insurance Berhad) 
  • No medical examination required 
  • 24 hours protection and worldwide coverage 
  • Benefits payable on top of your other insurance policies (except medical expenses which is on reimbursement basis) 
  • Entry age from 18 up to 65 years old and renewable up to 70 years old 
  • Extended Benefits
    • Riot Strike Civil Commotion
    • Motorcycling
    • Disappearance – after 1 year where body of Insured could not be recovered; ie: plane-crash)
    • *Insect, Snake And / Or Animal Bites – Including diseases (ie: Dengue Fever, Malaria)
    • Accidental Gas Inhalation, Drowning, Food Poisoning And Intoxication
    • Accidental Suffocation Through Smoke and Fumes
    • Exposure to Elements
    • Hunting
  • Medical expenses including sinseh treatment, ambulance fee up to a maximum of RM1000 per accident/ per disability, medical report fee, clinical treatment, physiotherapy, general nursing in the hospital. The details are specified in the policy contract. 
  • Dengue Fever also be covered under medical expenses & hospital cash income (with the extended benefit * Insect, Snake And/ Or Animal Bites- including diseases). For INSECT BITE, it subjects to 30 days waiting period from the date of policy inception.

Penipuan di internet. Salah siapa?

Bahana penipuan dalam internet. Adakah orang kita terlalu b*d*h? Sebab adanya org2 rendah IQ ni lah, penipuan-penipuan seperti ni sering berlaku. Cepatnya n betapa senangnya depa bank in kan duit pada si penipu..nak tolong org pun agak2 ar.. 'si mangsa' tu kaya raya xkanlah tetiba butuh uang..iya kan? not reasonable betul..

*p/s: membantu ahli keluarga dan sedara mara terdekat adlh lbh afdhal dr org2 luar yg entah sapa2 ntah...tgk2 penipu..

BERSIH

Baru dapat berinternet dengan sedikit tenang. After a bit kelam kabut with sumthing that came up since last 2weeks. Hopefully it ended by today.

Blogwalk pg2 sambil riba Irfan(D22), tertidur budok kecik ni melayan fesbuk..
Klakor la plok baca lirik baru lagu wondergirl hok NB tulis.

Women: I want your money your money not you! (dengan imagine wondergirl dancing)
Men: I want your body your body not you! (dengan imaginasi kumpulan bapuk thai dancing)

Isu semasa. BERSIH. (Saper la kita nk tentukan saper yang bersih dan saper yang kotor.)
Saja la aku buat pekakkan telinga coz x mboh argue dengan saper2. Go for your stand. Speak up for your rights. Aku x dapat pape. So mls nak gado2 0 dgn y'all.

Nih pendapat underdog ambe. You might hv your own. 


Bukan cara ini(demostrasi) untuk ekspresikan perasaan anda. Tapi saya tahu kamu buat ini and terpaksa buat ini hanya kerana tidak ade saluran lagi. Kerana pilihanraya sudah tidak dipercayai lagi. Kaaaaan? Dan saya faham TAJUK perhimpunan AMAN itu. Berhimpunlah di masjid2. Solat hajat ramai-ramai. Takkan ditangkap punya..Atau lbh esktrem lagi berkumpul di padang yang besar(bukan Perlis) untuk solat hajat ramai-ramai.

Stop here. Serabut tgk emel bos..(tetiba aku rajin semak emel keje time2 cuti ni...pdhl sbb esok meeting..)

Anda ada 1 otak. Dan sila gunakannya untuk 2 keje berlainan. SERENTAK! sila....sila...- tu la maksud arahan bos aku. Hebat lah aku lps siapkan ni..huhuhu

How time flies

8weeks. Supposedly today is my 2 months pregnancy. Semasa ada, begitu lambat dan getir menghadapi setiap hari berlalu. Sehari bagaikan seminggu. But now, bila dah xde, sedar2 dah masuk bulan ke2. How time flies..How deep im thinking bout you..

Air dicincang

Minggu yang agak menduga. Pengorbanan, kekuatan dalaman, ketahanan mental dan harapan yang tak pernah padam. Malam pertama tidur jam 2.30 am, 2nd night @ 3am..and last night..terlelap coz x thn sgt around 4am. Wishing nothing bad happen. Harus sujud syukur tanda kasih sayang dari Allah..

* Is not related to pregnancy issues.
8:59 PM
7/3
Di negara barat, sudah sebati dengan terms "we are pregnant" instead of "i am pregnant". Sebab mereka rasa, hidup berpasangan, segalanya harus dikongsi bersama. Suami berusaha untuk merasakan diri dia juga sedang hamil. Tapi di sini, di Malaysia, banyak yang isteri rasa semua tu sorang-sorang. Bila ada check up baby, dia tak minat nak masuk, nak dengar penerangan doktor tiap2 bulan. Sebabnya, orang kita rasa ego, rasa dah hebat, tau segala mala mengenai kehamilan orang perempuan. Datang masa isteri ada komplikasi, barulah terhegeh-hegeh nak tau maklumat lanjut. Silap haribulan, dia salahkan isteri saja, kononnya tak tau jaga diri. Walhal komplikasi tu, memang wujud tanpa penyebab 1 pihak sahaja.

*p/s: copy paste dr kwn ym..

He knows best

AS TIME PASSING BY, THE TESTS BECOME MORE COMPLICATED. LETS NAME IT WEIRD N MISTIC PROBLEMATIC. YES,YOU WILL SAY THE HIKMAH WILL COME LATER ON. SOMETIMES WE'LL GET THE POINT. BUT NOT AS PER YOUR WISH AS ALWAYS.

Petua Untuk Menggembirakan Hati Sengsara

Sumber: ENSIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tetapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingati kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin. Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya, kewangan, ilmu dan rakan-rakan.

Anda tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetapi lakukan sedikit demi sedikit dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada 2 kesan dari sikap risau. Pertama ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang anda ada. Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada 5 deria yang lengkap. Anda boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur.  Anda ada kawan rapat yang memahami anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutralkan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda. Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Mungkin juga  anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri anda, yang membuat anda sedih, kecewa dan geram. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on...

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti 'Keras'.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu. Ada orang kata, hati mesti kering! Kebal dengan dugaan. Dah lali dah. 

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.