Ended 2011

Welcome 2012.
Walaupun tiada perubahan drastik dapat dilakukan dalam kehidupan saya, namun saya berjanji pada diri supaya tahun 2012 akan mendatangkan lebih kegembiraan, saya berdoa supaya kehidupan lebih berwarna-warni, lebih dari biasa. Dan jika adapun ujian, dugaan datang melanda, saya mahu menghadapinya sebagai seorang yang lebih positif, bukan sebagai saya yang biasa, tetapi extraordinary.

Laptop & Netbook;
Rasa macam banyak cerita tapi kemalasan melanda. Tambahan pula saya dah bersara daripada pakai laptop. Sebab kemalasan untuk mengusung bawak pergi kerja dan balik kerja. Best sungguh kalau melenggang mak minah jer dtg n pulang dr office.

~ Bawak laptop = nampak macam buzy lah sangat.
~ Melenggang mak minah = nampak kerja macam smart jer HAHA sebab konon2 boleh settle semuanya di office. Konon2 dan InsyaAllah.

Netbook kat rumah rosak dikerjakan budak2 = anak4 kakak aku yang sorang tu. Asal balik je, mengandung. Asal balik kg jer guna upt aku dapt 2 line lg. Kau tertekan sebab asyik mengandung jer..Aku? haha

Henpun & billing;
Bil henpon saya tiba-tiba melambung tahap sakit hati. Time2 sesak ni lah dia nak melambung. Sebab saya mesti bersara jadi hantu sms. Sorry lah kawan(s) maxis, nampaknya tak boleh la kita keep in touch selalu yer. Jadi, terpaksa ambil langkah drastik untuk gadaikan telepon baru itu untuk buat bayor bil. Ha2. Padam muka. Biar hlg henpum jangan hilang line. Untuk mengelakkan penggunaan line tel yg over, kene lah beli nombor baru prepaid buat bekap. Prepaid ni ade reminder sikit. Selamat lah.

Kerja & Cuti;
Saya ada berangan-angan kaya mahu Cuti Tanpa Gaji paling kurang selama sebulan. Dengan harapan mahu memahirkan diri menjahit. Dengan kadar suami separuh rela sebab plan saya kureng kukuh, ditambah pula dengan tanggungjawab yang diberi untuk handle 2 pelajar latihan industri, selepas manager unit resign. OK la, sekurangnya saya berasa agak sebuk, walaupun lenggang mak minah/lenggang kangkung. Ini kali ke-3 saya handle students practical. Yang kini mencecah 8 orang di bawah tunjuk ajar saya yang kadang dibantu rakan sekerja. Dan pencapaian mereka di bawah monitoring saya Alhamdulillah, sangat saya berpuas hati. Sehari sebelum cuti bos baru minta tunjuk perancangan saya. Saya hanya berkesempatan emel pada hari jumaat, itu pun hari ke3 bercuti sakan. Bos reply cakap good. Inilah ciri staf yang kompeni mahu sebab boleh bekerja sendiri tanpa pengawasan atau arahan. Ayat setelah alih bahasa. Oh! Agak melampau pujian di situ yer. Sesungguhnya saya tak layak. Mana taknya durasi perancangan saya agak lama iaitu 5 bulan, jadi segalanya harus lancar, on track. Baca emel sambil tersenyum. Terima kasih bos, saya tak pernah dapat pujian over sebegitu. Hueh5...Entah berapa kali saya adjust hari cuti saya. Finally, decided leave on 21,22/12 sebab mengada-ngada ikut eldest brother ke Kajang. Dia mahu angkut anak3 isterinya balik ke Terengganu setelah lama bercuti di Johor. Jadi saya merayu bonda saya ikut sekali menjoli bersama ke Kl yang dah hampir 3 tahun saya x jejak, rasanya.

Cuti Krismas
My Abang #9 cakap pandainya timing masa bercuti. Elok-elok saja dia boleh bonus. Of course lah kan. Kita yang takde bonus ni kene lah serbu insan2 yang buleh bonus. Jadi, abang bawak lah jalan-jalan cari makan, sambil small family gathering. Seronot juga dalama melihat-lihat kemeriahan persiapan sambutan hari natal.
Nice deco, blue is always calming

Ni abang saya #9
Almost 5 tahun tak pergi Kajang

TTS instead of TTC

Kenapa sibukkan diri? Untuk lupakan dari masalah. And now, 'masalah negara' sudah melanda. Semakin lah perlu sibukkan diri. TTC? Yes and no, erm yesskan jer la. Segalanya kuberserah pada Yang Maha Esa.

Sesungguhnya hambaNya ini tidak pernah sekalipun berputus asa walaupun perit menanggung hati yang menjerit kehampaan.

Instead of TTC, i shud get in TTS journey. Wahla. Trying.To.Slim bebeh.

Bila dah slim mungkin berganda lebih nikmat yang bakal ku peroleh. Nikmat sihat, nikmat cantik, and so on. Cantik? Hahaha..

Nak slim? Ber bestfren lah dengan AIR MASAK. Nak cantik? Berkasihlah dengan AIR MASAK. Tu je. Itu pun susah ke..Adoila..tak perlu lah nak beli ubat bagai.

Allah itu Maha Kaya. Yan merancang segala.

Pasrah.

Few things in my mind

Apa yang berlaku semalam dan hari ini randomly. Just to update my blog.
  1. Malam tadi try buat tudung sekolah anak sedara, Amna yg darjah 1. Yang ada awning punya. Hampir nak siap, tengok2 rupa tudung tu dah jadi tudung gangster sekolah menengah. Oh, semua ketawa. Amna rilex je dengan muka xde perasaan. Mungkin hampa tudung sekolah dia tak siap. Nanti moksu beli kain lain. ;)
  2. Harini pakai baju kurung. Baju kakak #2. Termasuklah tudung bawal pon dia punya. Dia suruh saya pakai buat kerja. Sebab baju tu dah ketat kat dadanya. Oh, elok2 je baju ni dengan tubuh saya. Punggungnya jenis kecil. Fuh, nasib badan dah slim sikit lah ni boleh muat. Eheks. Pagi2 husband tanye, ni baju mn pulok?(Ade2 je kan bini dia ni kalau bab 'bersiap'.) Wifey: Comey dok? Husband: Comey.. Wifey: He3
  3. Exchange handbag + purse sekali dengan sister #8. Dia tak nak pakai dah beg besar lebik dan saya dah bosan dengan beg kecik. Saya yang cepat bosan dengan harta benda suka sama suka lah tukau barang dengan dia. Tak dapat beli baru pun kira OK la boleh tukau angin. Angin juga dalam mode berjimat pun. ;)
  4. Cuba tips CPM sapu krim kecantikan safi rania untuk kecutkan/hilangkan jerawat. Will see the result. Dah tak tahu apa lagi ikhtiar tak nak bagi jerawat naik. Clueless.
  5. Tiba-tiba lipstik kesayang yang mungkin tak akan dapat lagi keluaran baru Silkygirl Cute 23 lesap. Itu yang terakhir. 
  6. Ops! Ada kedai jahit baru lah near office. Ganti kedai handset. Mahu usha.

This is their minded.

Sewaktu melihat beramai-ramai gerhana bulan malam semalam selepas Majlis Khatam Al-Quran, kami terperanjat ! Dari Bulan Penuh seperti Bulan PAS sedikit demi sedikit hilang dan tiba-tiba ........................................................ keluar lambang Keris UMNO ! UMNO dulu, kini dan selamanya ........ !

How come seserang yang bergelar 'somebody' boleh membuat statement sebegini di khalayak ramai apabila melihat keajaiban Allah SWT tentang gerhana bulan..Siapa anda untuk samakan ciptaan Allah dengan perihal manusia yang hina dina ini...

Kalau tidak dipecahkan ruyung

Pernah tak anda terfikirkan untuk berjaya dalam bidang yang anda tidak suka/tidak minat? Cewah intro kema-in lagi. Sebelum ni saya pernah suarakan pada abang sulung bahawasanya saya nak menjahit. Ayat beralas nak suruh dia repair mesin jahit kakak saya punya. Tapi abang saya cakap, takut hangat-hangat tahi ayam jer. OK sebal!

Memang la abang evaluate saya seorang yang jenis tak seri-us. Dibaca: main-main. OK. Saya akan buktikan bahawa saya bukan sebenarnya main-main atau tak mengotakan apa yang saya kata/plan.

Ini hasil tangan sulung saya selepas pertama sekali menjahit baju kurung masa Tingkatan 3. Itu pun mesin jahit manual di sekolah. Dengan izin Allah saya pun rasa ajaib sebab baju ni saya boleh siapkan walaupun last minite tu terketaq-ketaq jugak kejar masa. Saya ambil kursus. Tapi untuk baju melayu cekak musang sahajalah. Seluar? Kene follow kelas lain pula which is kelas tu paling tidak pon will be held on April 2012. Kenapa? Sebab nak bagi chance pada orang lain pula belajar jahit baju melayu. OK. Saya akan belajar sendiri. Saya sahut cabaran sesiapa yang cakap saya main-main. Mak saya cakap, saya tak pernah pun sentuh mesin jahit. Apatah lagi nak menjahit-jahit sakan ni. OK, lepas ni saya belajar baiki mesin pula. Eceh. Kan saya dah kata saya perlu buka dimensi baru dalam umur 30 ni. Kene 'lari' dari rutin hidup. Kerana Allah SWT BELUM mahu bagi saya rezeki cahayamata, saya mahu isi masa senggang saya dengan sesuatu yang berfaedah. Suami saya kata, umur 30 baru belajar menjahit. Tapi, dia kagum sebab saya dapat siapkan sesuatu hasil. Dan dia juga kasihan melihat kesungguhan saya tidur lewat malam. Saya meletakkan syarat, dia kene temankan saya menjahit. Kalau tak teman, confirmlah saya tidur sebelah mesin jahit tu.

Oh! Saya teruja betul tiap kali pergi kedai kain. Apatah lagi bila tengok langsir2 moden. Fuh..GERAM ok! Ia dijahit dengan cara PALING simple. Saya pun BOLEH. Suami mahu raya tahun depan saya yang jahitkan langsir sendiri. Dalam entry raya tahun ini pun saya ada berangan-angan untuk tukar langsir. Semoga ada lah rezeki lebih.

Mata saya tertangkap kain-kain warna ceria tapi murah. Hati saya akan tiba-tiba berbunga apabila melihat warna ceria. Wat the skema ayatku. ;)

Sukanya colorful
RM3.30 for 1 metre. Elok kain dia. Tak nipis sangat. Kukuh la jugak.
Main taram je jahitnya. Tak ada research.
Set Dapur:
Alas meja makan 1 - done
Sarung kerusi 3 - done
Pemegang peti sejuk 1
Sarung tudung saji 1 - tak sempat siap lagi. Bru siap potong.

Kene siapkan ni dulu, for next project set bilik tidur pula.

Till then, tata.

Memudahkan jalan menuju kehamilan


Muharram..27 Muharram nanti akan genap usia pernikahan ke angka 3 tahun. Semoga Allah golongkan kami sebagai orang-orang yang sabar dan redha.

2011 akan melangkah pergi.

Sejak dulu, saya ingin mencapai sesuatu yang lebih baik bila umur menginjak ke angka 30. Walaupun tidak banyak, at least, sesuatu. Dan sekarang umur masih dalam 30. Alhamdulillah, semoga Allah mempermudahkan segalanya.

Progress diet: Syukur, masih success. Akhirnya saya pilih jalan alami/natural untuk memudahkan kehamilan.
Saya amat yakin, dengan tekad yang padu, sokongan yang tidak berbelah bagi, saya mesti menjayakan usaha untuk kembali ke berat ideal. 50-55kg. More kg to burn.

Jika kita berjaya melangkah 5 tapak, tidak mustahil untuk melangkah 10 tapak lagi dan lebih.. Mesti boleh!