Ubat homopati

Salam to all,

Ptg semalam saya bawak anak sedara round2. Di petang wiken hari sabtu yang kebosanan xde keje sangat nak dibuat dengan cuaca ang ala2 ok la kalo nak keluar tu. Tak panas sangat tak sejuk sangat. Mula2 pergi cucuk pitis kat Shell. Tp offline! Time tu, saya rasa macam sedikit tak larat nak jalan. Dalam usia kandungan 7mbulan 1 minggu, saya dah rasa tempias-tempias perut semakin berat. Masa kulu kilir turun naik tangga dalam rumah pun saya rasa macam tegang semacam bahagian abdomen bawah pusat dan pakejnya rasa nak terkucil jer hasil dari rasa tegang perut tu. Dalam hati, doa semoga baby keluar pada masa yang tepat iaitu selepas semua persediaan lengkap.

Kemudian, kami ke homopati dulu, walaupun nafsu minta singgah ke pasaraya untuk survey barang baby. Nak sambung supplement. Oleh kerana ade 2 misi penting, jadi tak sempat nak terjah pusat homopati yang tersohor kat KT ni. Kat Losong. Saya memang tak tahu the exact locationnya. Jadi, pergi ke homopati yg biasa pergi tu la yang the nearest. Ambik 2 botol skali. Ingatkan  boleh dapat ubat selusuh terus. Rupanya kene ambik last minit. Ohhh! Bila kah last minit tu. Ubat selusuh homopati ni rupanya kene makan bila dah start sakit nak beranak. Doktor tu sebut 'ubat pembuka jalan'. Makan dalam 10 minit sekali atau setiapkali sakit. Ya Allah, semoga saya sempat dapatkan ubat tu sebelum beranak. Doktor pun explain la turutan ubat yg kene ambil. Rupa2nya yang saya tak pernah tahu, homopati turut sediakan ubat untuk berpantang. Ubat tu bertujuan bersihkan darah2 nifas/darah kotor dalam badan. Daaaaan, ada ubat/supplement untuk banyakkan ASI! Menariks! Saya siap tanye boleh ambik sekarang x? (Gelojoh tak?) Doktor gelak. Tanye dia, nak bagi saper minum? adik ni? Tak la, saya cuma nak pastikan bila sampai masa memang dah konpem2 susu ada n keluar. Doktor cakap, bila awak makan nanti, susu akan keluar terus.!!! Wahla! Biar betik doktor ni kan! Nanti bila sampai masa awk xleh datang, suruh suami datang ambik ubat tu semua. So, untuk usia kandungan saya sekarang ni saya cuma perlu sambung supplement mengandung 3X sehari mkn 2 biji. Bila dah masuk 8 bulan, saya kene makan 4X sehari.

Laaaama jgk tersadai kat klinik homopati tu sebab ade 1 pasangan sebelum saya jumpa doktor lama betul. Saya agak2 diorg usaha untuk dapatkan zuriat. Macam kami dulu2, 1st time jejak ke homopati untuk usahakan dpt zuriat.  Tapi saya mkn ubt 1 cycle jer. Lagipun hubby x dpt bg komitmen penuh utk habiskan ubt2 tu sebab leceh kene mkn ikut jadual, bnyk jenis pulak tu. So, saya frust! Usaha lain!

Lepas tu masa ntuk bersuka-sukaan. Pergi Nirwana Maju. Konon la nak pusing2 je beli brg simple2 je tuk baby so x ambik troli. Wal hal dalam hati nak survey se t tilam 1 lagi tuk rumah pengasuh. Saya tertangkap cintan dengan 1 patern tilam baby. Dengan saiz yg bsr, tebal yang setanding dgn set tilam kekabu yg berharga lbh rm200. Saya dapat dengan harga rm45.90! jer. Sambar! Paksa Lisa pergi ambik troli. Letak kat seat belakang kereta. Makan space hampir keseluruhan seat kereta kecil saya okey. Huh! Oleh kerana saya belum bergaji lagi bulan ni, so 1 benda lg beli travel pack utk set mandian, losyen dll. Lgpon mcm awl lg nak beli bende2 alah tu. So beli yg kecik dulu. Mula2 amik jenama Pureen. Sebenarnya suka Johnson, then letak set pureen tukaq set Johnson. Terus pergi Bayor. Balik! Puas, duit habis..Gaji dalam 4 hari lg kot akan dapat.

No comments: