Qushayyi nak g 'school'

Sampai masa yang dijanjikan.
Pabila si manja dah boleh mengadu sakit..
Pabila si manja dah boleh cakap sikit-sikit..
Hero pertama kami akan dihantar ke taska..huwaaa..mommy nangis awal2 okay.

Bila sebut saja anak nak dihantar ke taska, ramai juga yang skeptikal. Aaah saya sendiri pun sama pd asalnya!
Dah lama dah bff hubby cadangkan hantar ke taska permata keluarga. Bayaran pun tidaklah mahal sangat walaupu ada kenaikan sikit iaitu RM30 untuk bayi setahun ke atas. Bawah setahun RM250.

Saya betul-betul tekad minggu lepas. Semakin kasihan tengok Q main sorang-sorang, lebih2 lagi bila walid tertidur. or walid penat melayan. MySis#2 yang jaga Q faham keputusan kami. Dia kasihankan kami hantar anak jauh-jauh. Dalam masa yang sama diorang dah bayangkan akan kesunyian. *DramaAirmata*
Bonda saya kurang bersetuju. Kasihan katanya anak kecik lagi. Hmm masih ada angan2 dan keinginan ibu saya untuk menjaga cucu yang sorang ini. Usia dan kelasakan Q tidak mengizinkan. Mana boleh, maunya aku kene bambu dengan adik beradik nanti. He he he. Apepun saya dan buat keputusan. Dah rangka apa yang sepatutnya untuk putera pertama kami. Pagi2 pergi kerja dan balik kerja mahupun masa rehat, saya mahu dia DENGAN saya. Saya bukan la terlalu tidak percayakan Q dengan orang lain, it is just that, saya NAK lihat dia.

Cerita bab taska pilihan. Saya tak tahu pun berapa banyak/buah taska(permata) yang berdekatan tempat kerja. Saya just tanya officemate. Dan terus tuju ke situ. Disebabkan jarak hanya 3-4 minit dari office, saya dah tak survey tempat lain lagi. Buat masa sekarang. Terus saya pergi ke taska tu untuk soalsiasat bertanya khabar aka mahu booking. Kebetulan waktu saya sampai sana tu waktu rehat/lunch hour. Babies sebaya Q semua tengah tidur atas katil masing2. Cuma seorang je yang duk terkebil-kebil. Saya duk tgk dia. Alahai comelnya. Saya masuk ke situ macam masuk ke tempat apa jer sebab perasaan saya teruja semacam plus jakun. Membayangkan ia akan jadi 'school' untuk zuriat kami nanti. Saya dipanggil oleh staf2 taska untuk briefing. What the heck, suara saya berubah. Sebak + Teruja, semua ada, mixed feeling sangat. OK tarik nafas. Staf lelaki pun ada jugak rupanya. Dah kawen dah ada anak. Sempat bergurau pasal buku rekod anak. Complete katanya .. perkembangan anak2 kita akan dicatat dalam buku rekod yang besar tu. Wah! I like. Satu bende yang saya n bff rancang dan sedang buat. Then, taska akan buatkan. Alhamdulillah. Jadual makan pun teratur and healthy. Since Q dah umur 1 tahun setengah (bulan depan), pemakanan semua akan diuruskan di taska permata keluarga.

Sebenarnya sebelum saya pergi booking dah ada 2 baby tengah que nak masuk. Entah macamana mungkin nak jadi rezeki anakku, Qushayyi dijangka berpeluang masuk lebih awal disebabkan dia dah boleh berjalan lama. Bulan 8 aka bulan depan waktu paling awal dijangka dapat daftarkan Q. Ya Allah, Alhamdulillah kerana memudahkan dan memberi laluan buat usahaku. Semoga menjadi kenyataan.  Sempat juga bertanyakan baby lepas berpantang ader kuota ke tidok. Saya pun booking la dulu. Yang lawaknya si staf lelaki tu buat muka heran siap jenguk perut saya sambil tanya eh bila due. Oktober ni jawab saya. Elok2 awal tahun depan boleh register masa umur adik 3 bulan.

Sekarang ni saya dah mula berpesan-pesan pada Qushayyi apa yang patut. 

Semoga Qushayyi tak mintak cerita bumba dengan cikgu. (now dah reti nak demand cerita lain2). Time nak ulit tidur buleh plak dia mintak pasangkan zikir "Yahanana Allah!"..kat rumah bolehla sayang...
Semoga Qushayyi tak joget2 sangat kat taska, haha.


No comments: