Merungut kerana fitrah dan ketentuan?

Why i'm writing this?
Sebab selama hidup ni tak pernah lagi puasa enam. Terasa semangat nak join sama insan-insan terdekat yang mula puasa enam. Rasa nak join. Sebab Ramadhan tahun depan belum tentu lagi. Bila sembang dengan officemate, dia kata tengah sarat ni boleh ke? Utamakan kandungan. Saya jadi konpius.
So, sekarang baru terdetik nak puasa enam?
Masa perut x boyot tak terasa pulak kan? Cepuk dahi sendiri.
Sebenarnya minggu lepas baru saya start rasa gagah sikit, nak masak & pergi mengajar kat kolej rsa mcm ok la x lembik mcm  biasa. Walaupun skarang tengah mengantuk! Mengantuk sejak pukul 11pg td lagi, tp tahan jer dulu. Now dah 1.18 noon.

Selama *kami ber TTC, masing-masing selalu pujuk diri dan hati masing2 bahawa Allah bagi masa dah banyak untuk focus dengan tenang kepada perkara-perkara ibadah dan sampingan. Tak yaah la nak sebut satu2 kat sini ibadah ape kan, semua paham2 sendiri, the list goes on.
*kami merujuk kepada me n my bff(Ayue).
Bila dah ada anak, tak payah nak gatal2 merungut, tak sempat nak semayang lama2, doa pon tak sempat, tak boleh nak pegi terawih, tak larat nak puasa sunat, tak boleh nak layan suami kat meja makan, bla3 the list goes on. Tak payah, OK. Pandai-pandai lah kita nak hidup, life is learning stage. Berdoa tak semestinya atas tikar sejadah, sambil buat bende lain boleh doa, tak semestinya juga kene duduk tepi kubur.

Jika sibuk dengan anak, bila banyak kes cerai, ader jer statement dari lelaki atau dari pak ustaz cakap banyak punca dari isteri yang tak teman suami makan di meja makan.! Wow! wat the heck. Sebab tu je boleh kene cerai? Rapuhnya iman lelaki sekarang ni. Kalau kamu wahai kaum lelaki x cukup bertanggungjawab dan banyak menyusahkan isteri dan tidak seimbang dalam tanggungjawab dll, dan isteri masib bersabar dengan kamu2 orang dan dan sebagainya sebab kuasa cerai xde kat tangan isteri, ada tak kamu fikir?

Hari ni kami bawak Qushayyi pergi cucuk *Dtap 18 bulan kat KD. Ada satu pasangan, yang sejibik sejibon macam kami. Anak 1st sama baya, si wife tengah boyot. Bila sampai masa nak timbang dan ukur tinggi anak, hanya wife je terkontang kanting buat sendiri, bukak baju seluar diaper anak dukung letak ats timbang, dukung lagi letak dalam baby cot utk ukur tinggi, sementara si bapak budak cuma duduk kat kerusi menunggu sambil layan smartphone. Wat the heck! Itu pemandangan yang paling saya benci. Alhamdulillah bapak budak Qushayyi tak buat macam tu. Sebelum ni saya suka tengok keluarga Cina tu suami sama naik tolong apa yang patut masa check up anak, tak duduk jauh dia.

Hero manja dah kene tinggal gi keje.

No comments: